Wednesday, May 25, 2011

Resipi Laksa Kedah

Kali ini chef nak berkongsi resipi laksa Kedah yang selalu chef dan adik beradik masak. Kalau hari raya tak sah kalau tak der hidangan laksa kedah ni. Dah jadi kewajipan setiap kali raya penuh tetamu datang ke rumah dari anjung sampailah ke dapur. Memang tak cukup tangan nak melayan para tetamu menikmati laksa kami adik beradik memang fuhh…tak terkata sedapnya. Makan kat kedai pun tak boleh lawan tau…..

Dah lama chef belajar masak kuah laksa ni, selalu jugak la masak ...tak kan tak tahu masak laksa lagi kan. Sebagai orang Kedah memang rasa malu kalau kita tak pandai masak laksa.

Sempena mood dan idea banyak ni, chef pun memulakan operasi memasak kuah laksa dengan resipi rahsia daripada mak ni. Memang menjadi! Maklumlah mak borek anak rintik kan. Sesiapa nak cuba bolehlah copy resipi ni.

Bahan-bahan:

IMG_1298IMG_1301IMG_1302IMG_1303IMG_1306IMG_1307IMG_1304IMG_1300IMG_1310

1kg Ikan selayang/sardin – direbus

1 cawan udang kepai (yg halus tu) – dibasuh dan tumbuk lumat

30-40 batang cili kering -direndam air panas & kisar

2 ulas bawang besar – dikisar bersama cili kering

1 inci belacan – dikisar bersama cili kering

3 ulas bawang merah – dimayang

1 genggam asam keping

1 genggam daun kesum

3 batang bunga kantan

2 liter atau lebih air

garam & ajinomoto ( kalau boleh la ea..jangan guna sangat pak aji ni ) secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Ikan yang telah direbus diasingkan isi dengan tulang.

2. Isi ikan dikisar kasar (masukkan air paras ikan sebelum kisar)

3. tulang ikan bersama air rebusan ikan dikisar dan ditapis. Ambil air sahaja.

4. Kisar cili kering bersama bawang besar & belacan

5. tumis bawang merah hingga kekuningan dan masukkan cili kisar. Masukkan sekali udang kepai yang telah ditumbuk lumat.

6. biar hingga cili masak (naik minyak)

7. Masukkan isi ikan. Kacau dan biarkan masak seketika bersama cili.

8. Masukkan air rebusan ikan.

9. Masukkan asam keping, daum kesum dan bunga kantan.

10. Masukkan garam & ajinomoto secukup rasa. Biar hingga mendidih.

IMG_1308 IMG_1309

IMG_1311 IMG_1312 IMG_1313 IMG_1314 IMG_1315 IMG_1317

bahan-bahan hidang:

2 bungkus laksa – rendam dan rebus

daun salad – potong

timun

bawang besar

cili api – hijau & merah

limau kasturi

telur rebus

Tips:

Kuah laksa lebih sedap pada keesokannya. Tapi kuah akan menjadi semakin pekat. Sila tambahkan air dan tambahkan garam jika kurang masin semasa memanaskan kuah. Biasanya chef masak kuah malam jika nak makan esoknya. Selamat mencuba!

No comments: