Wednesday, May 25, 2011

Makanan Istimewa Negara Brunei Darussalam


 

Makanan Khas Masyarakat Brunei

Tinggal di Brunei Darussalam belumlah lengkap sebelum mencuba masakan asli dan kegemaran rakyat Brunei iaitu " AMBUYAT ".







 


Ambuyat adalah makanan berupa bubur kanji yang dibuat dari sagu atau Ambulung dalam bahasa melayu Brunei. Setelah Ambuyat dihidangkan, rasanya tawar saja dan harus dimakan segera dalam keadaan panas-panas, sebelum menjadi kenyal dan sejuk. Oleh kerana Ambuyat berfungsi sebagaimana nasi, dan tidak berperasa maka membuatnya perlulah dengan Cacah yang menyertainya.
" Cacah " adalah sambal cair pencelup Ambuyat, rasanya masam, sedikit pedas dan sedap. Di samping itu, Ambuyat dihidangkan bersama dengan sekitar 15 macam laut pauk ! Antara lain: Sayatan mangga mentah, ikan masak antap (ikan masin panggang), ikan masin lemak, gulaian pucuk rebung masak lemak, dadah tahai masak api ( ikan diasap bumbu bercili ), ulam-ulaman (lalapan), sambal belacan / terasi, cencaluk (udang diawetkan), cacah binjai (saus buah binjai), dan daging lalap (macam dendeng).
Di sini chef sertakan resipi masakan Ambuyat dan Cacah untuk anda semua mencuba, bagi yang ingin mencuba, atau sekadar ingin tahu bagaimana proses pembuatannya dan dapat menceritakan kepada rakan-rakan yang akan melancong ke Brunei dan ingin menrasainya di restaurant atau berkunjung ke Kampong Ayer.
Pasti anda akan berpuashati dengan hidangan istimewa dari masyarakat Brunei .



Ambuyat
500 gm sagu halus / Ambulung
500 ml air panas mendidih

Cara membuat: Pada mangkuk berukuran sedang, campurkan sagu / ambulung dengan air mendidih dan kacau hingga merata. Penambahan air sedikit demi sedikit hingga warnanya menjadi putih keruh hingga 10 minit. Untuk mengetahui apakah sudah cukup masak, celupkan garpu dan apabila meleket, maka tandanya sudah siap untuk dihidangkan.

 

Cacah
250 gm buah binjai kering.
250 gm tempoyak
8 biji cili padi / kecil ditumbuk
1 sudu makan petis udang hitam
2 butir limau kasturi diperah dan diambil jus-nya.
1 sudu garam
1 sudu makan gula pasir , atau sesuai selera.

Cara membuat: campurkan dengan merata dan campur dengan sedikit sambal. Tambahkan gula sesuai selera apabila masih terasa terlampau masam.